Assalamualaikum...
Umi nak mulakan blog ni dengan situasi yang melanda sekolah kita. Semalam, dari blog pejabat Umi nampak berpusu-pusu pelajar balik dari klinik. Kalau Umi buat anggaran dalam seratus lebih pelajar. Umi terus menuju ke kelas untuk mengajar macam biasa. belum sempat bagi salam sorang drp pelajar dtg menerpa dan terus mintak bacakan beberapa baris doa pada sehelai kertas.
" Umi tolong baca jap...saya tak pandaila nak baca...". Umi teliti kertas tu... Doa ketika wabak. Rupanya ramai pelajar kita ke klinik utk buat saringan wabak H1N1... Umi faham sekarang...
Semakin ramai pelajar dtg ke depan mintak Umi bacakan. Umi tak baca..tapi Umi mintak semua duduk. Kenapa? Umi nak semua fikir...
- Kenapa hari ni semua pelajar pegang kertas doa yg sekolah edarkan. Kenapa tak buang dan buat kapal terbang atau biar jatuh ke lantas sebelum dipungut dan dibuang ke tong sampah macam selalu jadi pada kertas soalan peperiksaan?
- Sejak bila percayakan dan yakin pada Allah sedangkan solat jarang atau lama dah tinggalkan?
- Kenapa sekarang bersungguh sama2 cuba baca barisan doa tersebut sedangkan Al Quran jarang atau sudah lama kita tinggalkan?
Ingatan Umi buat anak2 dan diri Umi... Ingatlah Allah dalam semua keadaan. Kerana H1N1 yang berisiko membawa maut ramai orang kembali kepada tuhan. Insaf dan muhasabah diri... sebelum ini mungkin di antara kita yang tidak kenal sejadah dan buat banyak maksiat. Patutnya perlu ada rasa malu utk meminta kerana kita tak ikut suruhanNya dan selalu engkar arahanNya. Namun Allah maha Penyayang...Mohonlah padaNya... Mohonlah kesejahteraan, mohonlah keselamatan, mohonlah hidayah dan petunjuk agar kita semua selamat di dunia yg serba mencabar dan akhirat tempat perhitungan segala dosa. Ingatan padaNya Bukan Bermusim...
Selamat Bercuti 5/8/2009-10/8/2009 ( Jumpa lagi 14/8/2009) Lepas cuti wabak, Umi kursus kaunseling di Langkawi). Wassalam